Saturday, February 26, 2011

Please la, tanggapan orang..

Posted by Midy loves Ydim on 10:50 AM 2 comments

Mungkin bila orang bertanya, kenapa awak x kuar dengan pompuan, korang mesti dah fikir lain kan?
Tak pon korang nampak seorang lelaki kat tempat facial ke, tempat wat kuku ke, korang mesti fikir lain kn?
Tu lah aku nk ckp ni. Situasi ni:
Masa ni aku makan sorang2 kat restoran dekat tapi jauh gak la dari rumah aku.. Ade akak ni die amik order..
cam biasa aku order la nasi goreng kampung ikan bilis tabur ngan milo ais kaww punya, haha..
pas die gi antar order, die datang balik, pastu tnye aku, dik akak nak tanya sesuatu leh? aku jawab; boleh sila lah~ sambil tu akk tu duduk.
Eh, slalunya sy slalu nampak awk kuar ngan laki je, awk ni gay ke?
 Arggh, pening kepala aku~ Aku jawab kat Akak waiter tu; Kak, saya bukan gay la, cuma saya ni takde sesiapa nak.. Xkan la kuar ngan member laki pon x boleh?~ Tak habis lagi, Akak tu tanya, ye ke ni? Dah la adik ni Akak tengok gi facial khamis lepas, pastu siap dandan kuku lagi.. kalah pompuan!... Ni lagi la aku pelik dan pening~ sambil2 aku tergelak aku jawab; haha, Kak, saya teman kakak saya je la masa tu, saya x buat pn dandan sume tu, facial tu biasa la, muka kotor~ hehe.. Akak tu pon cakap; oh, xde lah selalunya orang laki yang gi tempat2 camtu tu adik paham la kan, Akak tengok ni pon adik ni lembut2 cakap mengalahkan anak dara..
Ni lagi la~ aku tergelak-gelak cuma x terguling je lalu aku jawab dengan penuh sopan santun: Kak saya nak tanya kita ni orang apa, orang melayu kn? Orang melayu terkenal dengan apa? budi bahasa kan?
Dah tu mesti lah saya cakap lemah lembut, kang saya cakap dengan nada jantan kang kuar note2 tinggi (sambil2 perli la tu.. haha) lagi pn saya kalau cakap ngan orang baru kenal, saya cakap sopan santun, first impression.. pastu makanan sampai, kemudiannya, Akk tu minta diri, aku pon tersenyum pastu membaham makanan, dah makan baru aku baca doa, terlupa.. haha

Aku terpikir lagi, apa yang kakak tu tanya kat aku, smpai kat umah soalan tu aku terpikir, kenapa orang bertanggapan camni mungkinkah sebab ramai orang mcm ni, orang terus bagi impression cmni.
Mungkin anda semua perlu tengok dulu sebelum menilai sesuatu, sesuatu yang zahirnya nampak begini x smestinya begini mungkin begitu..



Mamat ni korang x panggil gay plak~
hahah









ARGGH, TOLONG LA~ masalah betul lah!


Continue...


Thursday, February 24, 2011

Dimana letaknya persahabatan?

Posted by Midy loves Ydim on 5:06 AM 0 comments

Aku terlalu bz 2-3 minggu ni, sehingga blog aku ni aku wat x peduli, sebagaimana orang yang tau aku extend dan sesiapa yang xtau tu aku gtau la ni..

Post ni aku wat untuk semua orang di luar sana, tak kira la followers, kawan2, orang meninjau blog, fb fren,
tak kira la. Aku sekarang ni terus terang katakan hidup sorang2 je, ye la ramai kawan aku duk kt Uitm Kelantan, yang lain pn study. Jadi tinggal la sekerat dua, tu pn study dekat2 pon mcm aku gak x study.
Jadi, FB la jadi mangsa, sekarang pon bila2 aku boleh on9, ye la ade Blackberry kn. :P.. haha..


Berbalik kat topik aku, sahabat, banyak benda ni boleh bagi bnyak maksud dari kawan biasa2 hingga lah
ke kawan rabat. Benda aku nak stresskan kt sini ialah kenapa berkawan dengan aku? Adakah untuk tackle kawan aku, gunakan aku, gunakan duit aku, ambil kesempatan kat aku, atau tiada udang sebalik mi.
Serta bila masa susah baru nk ingat, bila senang di gelimpangi kesenangan x pernah terpikir nak hubungi aku.
Emm~
Aku dah temui macam-macam jenis manusia di kehidupanku yang x seberapa panjang ni, Apa yang boleh aku katakan ialah manusia ni memang cmni, macam2 ragam umpama sebuah kristal, mempunyai pelbagai bentuk, ada yang putih, hitam, lembut pada dasar tapi keras serta sebaliknya.

Ada yang cakap persahabatan ni letak kat ke-MARKET-an seseorang, apa kau pakai, tepon ape kau pakai, berapa duit dalam wallet kau, seberapa kacak kau, kereta apa kau bawak, jenama apa baju kau dan lain2.
Persahabatan mcm ni takkan tahan lama, sebab benda ni takkan tahan lama, roda berputar laa, takkan selamanya kat atas begitu juga kat bawah, takkan selamanya di bawah. Ada kala aku trpkir kenapa begitu,
Aku kat sekolah rendah dulu aku suka ada member, yelah boleh men bola masa balik, maen bom botol, sorok2.. Tapi kenyataan, bila aku naik sekolah menengah semua tu berubah, kawan2 dipilih dari kelas, kedudukan serta rupa.

Emm, da la aku menukil blog ni.. kadang kala aku nak je abaikan orang2 macam ni. Tapi biarlah, nama pon kawan. Terima Kasih Kepada SYED IZMEER, NMH, LOKO sbb x lupa aku k. :P

Aku nak bagi lagu sket: siapa sebenarnya aku padamu, mungkin sama dengan teman lain yang bisa kau buat begitu, Dan bila tiada lagi teman bermain kau pulang mendapatkan aku..








Dunia, Camni lah~
Continue...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...